Perang Dunia Kedua sudah lama berkubur tetapi luka yang amat besar
takkan dilupakan dengan begitu mudah. Bagi sesetengah pengkaji, perang
yang akan datang akan muncul dalam bentuk Perang antara agama. Pengkaji
daripada Israel sendiri meramalkan bahawa Perang Dunia Ketiga merupakan
Perang yang berasaskan Ramalan kitab suci tentang kemunculan Ya’juj dan
Ma’juj.
Mereka percaya bahawa ancaman nuklear daripada Iran mampu
mencetuskan perang dunia ketiga yang dimaksudkan. Sebelah pihak terdiri
daripada Russia, Iran, China, Syria dan Korea Utara; manakala sebelah
pihak lagi terdiri daripada blok Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan
German. Presiden Bush sendiri dalam ucapan sidang akhbarnya mendakwa
bahawa keghairahan Iran dalam mempertingkatkan keupayaan senjata nuklear
nya akan menaikkan risiko tercetusnya perang dunia ketiga. Ini
sebahagian petikan ucapan Bush dalam kempen menentang Ahmadenijad;
“If Iran had a nuclear weapon, it’d be a dangerous threat to world
peace,” Bush said. “So I told people that if you’re interested in
avoiding World War III, it seems like you ought to be interested [in
preventing a nuclear Iran]…I take the threat of Iran with a nuclear
weapon very seriously.”
Sudah menjadi skrip tetap Presiden US apabila ada negara musuh
ketatnya membangunkan nuklear, ia kaitkan dengan keganasan dan perang.
Yang selamat jaga senjata nuklear hanyalah US dan Israel
sahaja!!Seolah-olah mereka sahaja yang tidak mengancam keselamatan
dunia.
Yahudi juga percaya sebagaimana kita percaya dari sumber-sumber hadis
nabi bahawa suatu ketika nanti Ya’juj dan Ma’juj akan keluar memerangi
manusia seluruhnya sehinggalah mereka menuju ke Tanah Suci umat Islam di
Palestine, Baitul Maqdis.
Ya Allah, kalaulah kami sempat berada di zaman fitnah besar Ya’juj
dan Ma’juj, Engkau kukuhkan hati kami dalam ketaatan kepadaMu dan
keelokan beribadah kepada Mu. Jadikan kami golongan yang berjihad di
jalanMu ya Allah…Ya arhamarraahimiin.

No comments:
Post a Comment