http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com/2012/05/5m-petua-mengambil-hati-isteri.html
Tuesday, 12 June 2012
Thursday, 7 June 2012
DEMAM EURO!!!!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ada yang sudah demam nampaknya, demam apa? Semestinya demam Euro 2012
yang akan bermula pada 8 Jun 2012 ini. Tahun ini Poland dan Ukraine
menjadi tuan rumah bersama.
![]() | |
| Logo Euro 2 |
Tahap keterujaan saya terhadap bola sepak
Euro agak kurang disebabkan komitmen pada kerja yang lebih harus diutama, hal ini bagi menjamin tahap prestasi kerja saya berada pada tahap maksimun. Tidak pastilah mengapa. Kalau dulu, pantang ada
perlawanan besar sama ada Piala Dunia mahupun Euro, pastinya tahap
keterujuaan saya pada tahap yang tinggi.
Begitu juga dengan pasukan kegemaran. Seperti selalu saya tetap penyokong die hard fan Germany. xtau kenapa. Cuma saya lihat germany ni menpunyai semangat yang tinggi dan berdisplin. itulah karekter utama dalam mengejar kejayaan.
![]() |
| Kumpulan Euro 2012 |
Pasukan yang bertanding pada kali ini boleh tahan hebatnya. Susah nak
ramalkan pasukan mana yang akan menjuarai. Tapi saya cuba nak ramalkan
juga. Pada pemikiran saya, pasukan yang mempunyai potensi utk menjadi juara ada 3 pasukan. pertama sepanyol. seperti diketahui ramai sepanyol merupakan pasukan favoret mase kini. Kedua, germany sebab semangat juang dan displin yg tinggi yang ade pada setiap pemainnye dan yang ketiga belanda.
Nampaknya perlawanan semuanya berlangsung pada awal pagi. Bagi yang
bekerja tu, agak-agaklah ye, jangan sampai tak bangun dari tidur
keesokan harinya. Bola, bola juga, kerja tetap kerja. adiooss!!!
Fadhilat Ayat Kursi
Assalamualaikum. Setelah sekian lama saya tidak menulis di blog ini. Maklumlah, semakin banyak kerja yang harus disempurnakan sebagai tanggungjawab sebagai seorang jurutera projek. Namun terdetik utk berdakwah seketika. Seperti apa yang diucapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
“Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat...”
Pada hari ini saya ingin berkongsi ilmu sedikit mengenai kehebatan ayat kursi. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya jugakan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Kisahnya bermula dari sini.
Pada suatu hari seorang wanita muslim amerika sedang berjalan di lorong yang gelap di sebuah taman. Selepas itu dia terkejut apabila melihat seorang lelaki Amerika dari jauh. Lorong itu memang terkenal dengan kes rogol dan bunuh kejam terhadap wanita.
Lalu perempuan itu berdoa kepada Allah untuk keselamatannya. Lalu dia membaca ayat kursi dan terus berjalan melepasi lelaki tersebut.
Keesokkan harinya, keluar di dada akhbar mengenai kes rogol yang berlaku di kawasan tersebut. Perempuan tersebut agak terkejut, kerana di lorong itu juga dia lalu dan perogol tersebut merupakan lelaki semalam! Lalu dia bergerak ke balai polis di mana lelaki itu ditahan. Dia meminta izin daripada pegawai polis di sana untuk berjumpa dengan lelaki tersebut.
“ Semalam saya juga melalui lorong tersebut secara sendirian. Mengapa saya tidak menjadi mangsa anda?” Perempuan itu bertanya.
“ Siapa kata awak bersendirian? Pada malam itu saya nampak awak sedang berjalan dengan ditemani oleh dua orang lelaki bertubuh tegap. Kalau tidak ada dua orang lelaki semalam, maka awak lah yang akan menjadi mangsa saya.” Terang lelaki tersebut.
Perempuan tersebut agak terkejut. Namun dia bersyukur kepada Allah kerana telah menyelamatkannya pada malam itu. Maha Suci Allah.
Antara Fadhilat Lain
• Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
• Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
• Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
• Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang di baca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
• Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.
• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
PERANG DUNIA KETIGA!?
Perang Dunia Kedua sudah lama berkubur tetapi luka yang amat besar
takkan dilupakan dengan begitu mudah. Bagi sesetengah pengkaji, perang
yang akan datang akan muncul dalam bentuk Perang antara agama. Pengkaji
daripada Israel sendiri meramalkan bahawa Perang Dunia Ketiga merupakan
Perang yang berasaskan Ramalan kitab suci tentang kemunculan Ya’juj dan
Ma’juj.
Mereka percaya bahawa ancaman nuklear daripada Iran mampu mencetuskan perang dunia ketiga yang dimaksudkan. Sebelah pihak terdiri daripada Russia, Iran, China, Syria dan Korea Utara; manakala sebelah pihak lagi terdiri daripada blok Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan German. Presiden Bush sendiri dalam ucapan sidang akhbarnya mendakwa bahawa keghairahan Iran dalam mempertingkatkan keupayaan senjata nuklear nya akan menaikkan risiko tercetusnya perang dunia ketiga. Ini sebahagian petikan ucapan Bush dalam kempen menentang Ahmadenijad;
“If Iran had a nuclear weapon, it’d be a dangerous threat to world peace,” Bush said. “So I told people that if you’re interested in avoiding World War III, it seems like you ought to be interested [in preventing a nuclear Iran]…I take the threat of Iran with a nuclear weapon very seriously.”
Sudah menjadi skrip tetap Presiden US apabila ada negara musuh ketatnya membangunkan nuklear, ia kaitkan dengan keganasan dan perang. Yang selamat jaga senjata nuklear hanyalah US dan Israel sahaja!!Seolah-olah mereka sahaja yang tidak mengancam keselamatan dunia.
Yahudi juga percaya sebagaimana kita percaya dari sumber-sumber hadis nabi bahawa suatu ketika nanti Ya’juj dan Ma’juj akan keluar memerangi manusia seluruhnya sehinggalah mereka menuju ke Tanah Suci umat Islam di Palestine, Baitul Maqdis.
Ya Allah, kalaulah kami sempat berada di zaman fitnah besar Ya’juj dan Ma’juj, Engkau kukuhkan hati kami dalam ketaatan kepadaMu dan keelokan beribadah kepada Mu. Jadikan kami golongan yang berjihad di jalanMu ya Allah…Ya arhamarraahimiin.

Saturday, 11 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)